Ada beberapa sebab aku memilih bidang ini. Secara jujurnya....
1) Aku tidak mahu menjadi doktor atau apa- apa sahaja profesion yang bersangkutan dengan hospital. Sebabnya aku ini seorang yang penakut, takut tinggal di hospital dan takut makan ubat.
2) Aku fikir kaunseling kerja kat sekolah nanti senang dan seronok. Ada bilik sendiri, tidak perlu susah- susah masuk kelas mengajar, selalu pergi kursus dan hanya urus 1-2 program tahunan sekolah.
3) Setelah mengambil Ujian Minat Kerjaya Sidek dengan kaunselor UiTM
4) Peristiwa dalam bas transnasional
Berdasarkan keempat- empat sebab diatas, aku nekad untuk datang ke sini. Datang dengan "zero" pengetahuan tentang kaunseling! Namun, perasaan minat aku pada bidang ini mula timbul sewaktu belajar teori- teori kaunseling pada semester pertama dan semakin tumbuh hingga saat ini.
Ternyata andaian aku dahulu tentang kaunseling, jauh berbeza. ibarat langit dengan bumi. Rupa- rupanya budak- budak kaunseling yang paling banyak "assignment" dan kaunselor yang paling banyak kerja di sekolah!
Walaupun begitu, moga semangat dan rasa cinta ini tidak luntur disebabkan ini. Bak kata orang, bukan senang nak buat pahala.
Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan, hanya hati yang sabar
mampu menghadapinya. Jadilah seperti air yang mengalir, walau disekat
ia tetap mengalir......










No comments:
Post a Comment