Jom kita sama- sama mencari cahaya.....

Sunday, 24 February 2013

Sabar Ke Pendam


Di sebabkan bosan dah tengok movie dan berfacebook sepanjang minggu nie, rasanya baik aku update blog. Tapi nak cerita pasal apa yer. Aha kita selalu dengar orang cakap “ Aku dah banyak SABAR dengan dia, kali ini biarlah apa nak jadi pun aku tak nak kawan dah dengan dia!” Haa pernah dengar dengar tak? Selalu. Akhirnya tercetus pergaduhan atau terputusnya silaturahim. Erm betul ke ini SABAR? Ini bukan SABAR tapi PENDAM namanya.
               SABAR adalah salah satu sikap terpuji. Takkan dengan mengamalkan sikap terpuji ini, impak buruk pulak yang si pengamal dapat. Bagi aku SABAR adalah satu sikap cuba menerima tentang apa yang berlaku tanpa memberi pandangan negatif terhadap perkara itu.  Sementara PENDAM pulak, satu sikap menyembunyikan ketidakpuasan hati terhadap sesuatu perkara dalam pada sama yang memberikan pandangan negatif terhadap perkara tersebut.
Contoh kes:
“ Nono, Nini dan Nunu adalah tiga sahabat karib. Mereka berkawan sejak dari bangku sekolah lagi. Setelah SPM tamat dan keputusan peperiksaan keluar, ketiga- tiga mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di universiti yang sama, jurusan yang sama dan apabila mendaftar mereka ditempatkan di kolej dan rumah yang sama. Sungguh kebetulan. Aha bukan kebetulan tapi ketentuan (~_~). Tiga empat bulan pertama, semuanya dalam keadaan baik. Namun kemudian sedikit demi sedikit hubungan mereka makin renggang. Nini mula mempamerkan reaksi menjauhkan diri dan tidak semesra dahulu. Kenapa? Apa yang terjadi? Semuanya terjadi disebabkan Nono seorang yang berkira dan cermat dalam membelanjakan duit. Nini tidak suka sikap Nono ini kerana pada pandangannya Nono seorang yang kedekut dan dengan kawan pun nak berkira. Walaupun tidak suka, Nini tidak bersuara hanya berkata dalam hati dan cuba meneruskan persahabatan mereka seperti biasa. Bagi Nunu pula, dia juga kadang- kadang tidak berapa selesa dengan sikap Nono namun dia cuba menerima sikap Nono kerana dia berpandangan bahawa Nono bersikap begitu mungkin disebabkan dia  telah diajar dari kecil untuk berjimat menguruskan duit oleh keluarganya atau memang Nono dari latar belakang keluarga yang susah.”
Aha nampak tak beza antara SABAR dan PENDAM? Nini, PENDAM dan Nunu, SABAR. Boleh dikatakan rata- rata orang (termasuk aku jugak kot, huhu..) sebenarnya banyak PENDAM bukannya SABAR. Jadi, konklusinya jom latih diri untuk SABAR.







Saturday, 23 February 2013

Setahun Sehari



Hari ini genap setahun sehari aku tidak update blog. Huh nampak sangat malas. Aha macam kasar sangat jer kata MALAS tu, erm lebih tepat bukan jenis yang suka menulis dan meluahkan la. Hehe…Dalam jangka masa setahun sehari ini macam- macam dah terjadi. Episod mencari rumah sewa, praktikum, raya puasa,……., raya haji, cuti panjang, tesis, ……., dan sekarang aku sudah pun berada pada semester terakhir! Cepat betul masa berjalan. Kadang- kadang terfikir jugak kenapa masa sekarang cepat sangat bergerak. Mungkinkah sebab semakin banyak kemungkaran yang berlaku kat dunia nie. Oleh sebab sayangkan kita dan tidak mahu kita melakukan lebih banyak dosa, jadi Dia singkatkan waktu. Ermm mungkin… 

Semester akhir ini macam pelik sedikit. Selalunya minggu pertama kuliah dah mula buat assignment, tapi kali ini tak. Adakah ini semester honey moon bagi aku? Ermm tengoklah nanti macam mana. Pasal rakan- rakan pula banyak yang dah berubah. Ada yang makin tembam ( makan banyak waktu cuti), ada yang makin putih (pakai sabun gluta collegen), ada yang makin berseri ( dah tunang dan dah kahwin), ada yang makin rendah ( ermm ada ke? ) dan aku macam biasa tiada perubahan. Masih sama macam sekolah rendah dulu ( kawan sekolah rendah yang kata ~_~). Nak dipendekkan cerita, I’m wish this semester will give me a wonderful moments and makin rajin menulis!



Wednesday, 22 February 2012

Hati Kecil vs Hati Dalam

Bila seseorang tengah bersedih mencari sesuatu jawapan dan penyelesaian, orang selalu berkata ' tanyalah HATI kamu yang paling DALAM nescaya kamu akan tenang'. Ada juga yang berkata ' ikutlah gerak HATI KECIL kamu, kemudian buatlah keputusan'. Maksudnya, kita ada hati kecil dan hati besar, hati dalam dan hati luar...?? Bukan ke ada satu saja hati, satu lagi ada pada kita punya pasangan hidup? Erm...musykil...

Apa sebenarnya fungsi hati ea? Setelah menelaah, akhirnya terjumpa. Antara yang dinyatakan..
1) Hati adalah tempat himpunan segala perasaan
2) Hati adalah tempat tinggal iman
3) Hati adalah tempat rebutan antara malaikat dan iblis
4) Hati adalah pusat kawalan diri
Sama- sama kita fikirkan, moga perjalanan kita selamat.

Andai hati seperti air, jangan dibiar ia keruh
Andai hati seperti tanah, jangan dibiar ia gersang
Andai hati seperti api, jangan dibiar ia meletup.

Wednesday, 4 January 2012

Teringin Menulis...

Rasanya telah sebulan lebih laptopku tidur tidak sedarkan diri. Letih agaknya kerana telah hampir 4 tahun berkhidmat. Siang malam tidak pernah jemu, kali ini mungkin dia sudah tidak mampu bertahan. Namun, secara jujurnya aku sangat memerlukannya. Moga sembuh kembali. Sementara waktu ini, khidmat laptop roomate lah yang membantu. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir- akhir ini sehingga timbul pelbagai perasaan bercampur- baur dalam satu- satu masa. Sungguh menakjubkan sehngga keinginan untuk menulis timbul melonjak- lonjak. Walaupun menulis tidak tergolong dalam minat. Moga minat ini terus subur. 
            Salah satu peristiwanya ialah tentang mobile camp iaitu kem 3 hari 2 malam bagi kursus kembara alam. Salah satu kursus kokurikulum bagi semester ini. Dari perasaan dan keadaan yang agak berat untuk menyertai pada mulanya bertukar kepada satu kepuasan dan kenangan yang terlalu manis. Detik terindah pertama adalah tentang kenangan berjalan dan mendaki bukit selama 3 jam lebih. Satu kejayaan kerana cabaran ini dipikul tanpa sebutir nasi pun yang singgah di mulut pada hari itu.  Namun, kejayaan ini dengan izin dari Nya juga. Detik kedua pula, apabila solat maghrib berjemaah di tepi kaki sungai dengan bersejadahkan baju hujan dan plastik sampah. Sungguh sayu dan damai. Sebaik sahaja sampai di chek point satu , operasi mendirikan khemah dan memasak terus dilaksanakan. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, aku makan dengan berselera apabila diberikan nasi Betullah kata orang sesuatu itu akan terasa begitu nikmat apabila segunung usaha telah diletakkan padanya. Walaupun begitu, tanpa berbohong, inilah masakan hutan yang paling sedap pernah dirasa!Ini detik terindah yang ketiga.
            Detik ke-4 pula tentang episod tandas tepi sungai. Sungguh lucu dan juga satu modul yang baik  rasanya kerana pada waktu inilah semangat kerjasama dan sayangkan rakan- rakan dapat dilihat. Uhu.. Detik ke- 5 pula detik mengendalikan senamrobik secara 'terjun'. Mujurlah pernah belajar selama 5 minit dengan seseorang tentang senamrobik! Secara peribadi apa yang dilakukan itu, tidak boleh dianggap satu senamrobik, tapi jika ditukar namanya kepada ‘senam hemtam sajalah’, mungkin boleh diterima. Uhu..
Setelah mengetuai senam hentam sajalah, beberapa minit selepas itu, bertukar pula profesion menjadi guru  geografi. Ini detik terindah ke- 5, mengajar pengenalan kepada tumbuh- tumbuhan. Seronok juga mengajar perkara yang baru dibaca ini! Hehe.. Sebelum memulakan ‘kelas’ saya dan Nazifah mehangatkan suasana dengan mengajak rakan- rakan lain melakukan energizer seterusnya bersama- sama menyanyikan kembali lagu si ulat bulu yang telah diajarkan pada kursus mountaineering sebelum ini. Keseronokan bertambah apabila pertandingan membina ‘flora tower’, kumpulan kami dinobatkan sebagai naib juara. Walaupun tidak terlibat dalam membina tower ini, Tahniah guys atas kemenangan!




Detik terindah ke- 6 pula apabila dapat berehat di tepi air sungai sambil makan setelah menempuh jalan di bawah sinaran matahari terik. Seperti biasa, makanan kumpulan kami lebih lazat berbanding kumpulan- kumpulan lain kerana mereka kebanyakannya hanya memasak maggi. Sementara kami, nasi putih, scramble egg dan sup sayur menjadi santapan! Bukan menu sebenarnya yang menjadi kebanggaan, namun kenangan ketika memasak itu yang memaniskan.
            Malam kebudayaan menjelma. Waktu itu kami berdua menguruskan majlisnya. Nasib baik Zero dan Hafiz sudi menerima pelawaan sebagai MC jemputan. Terima kasih dan tahniah kalian untuk itu dan untuk kejayaan membuatkan En. Marzuki dan fasi lain turut mendemotrasikan energizer ‘ teko’! Walaupun terdapat kelemahan, namun usaha menjayakan majlis malam tersebut menjadi satu kepuasan seterusnya membuah lagi satu detik terindah. Detik terindah ke-7!
            Detik terindah ke- 8 pula berlaku pada hari ketiga, di mana kami sekali lagi menjalankan aktiviti. Kali ini namanya introduction to fauna. Setelah bertanya khabar, aktiviti dimulakan dengan energizer lagu ‘sang ulat bulu’, ‘teko’ dan ‘ ular’. Bagi energizer 'ular', terima kasih kepada Mastura kerana mengajarkannya kepada yang lain. Nazifah mengambil alih dengan memberi taklimat tentang aktiviti  kepada fauna iaitu berupa permainan puzzle. pengenalan. Ketika melaksanakan puzzle yang diberi, boleh dilihat bagaimana setiap ahli kumpulan bersatu dan bersama- sama menyelesaikannya. Waktu inilah dapat dilihat reaksi individu ketika berhadapan dengan masalah. Ada yang teruja untuk menyiapkan dan ada juga yang berputus asa. Setiap aktiviti yang berlaku ini, sebenarnya telah kami ketahui sebelum berangkat lagi. Namun kami tidak sempat membuat persiapan kerana tentatif sebenar diperoleh sehari sebelum kem bermula. Jadi semua yang kami lakukan adalah berdasarkan persiapan satu hari! Secara peribadi banyak perkara yang perlu kuperbaiki. Namun begitu, kenangan kem akhir bersama 83 orang kembararians adalah yang terbaik. Semoga ianya kekal dan sentiasa tersemat di hati. Kenangan terindah..!!!

Wednesday, 12 October 2011

Lelaki Versus Wanita

As salam....
pertama kalinya saya ingin meminta maaf kerana sudah lama mengabaikan blog ini. Bukan mahu berahsia, tetapi mungkin disebabkan masih lemah tentang hal- hal pengurusan. Moga saya lebih berdisiplin selepas ini. Amin. Malam ini ,teringin sangat hendak bercerita tentang peranan wanita dan lelaki. "wanita boleh buat, apa yang lelaki buat", " wanita sekarang tidak sama dengan wanita dahulu", dan banyak lagi slogan yang sentiasa kedengaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Wanita lebih cenderung untuk menyambung pengajian, bekerja walaupun setelah kahwin, bahkan ada yang terlibat dengan hal- hal pucuk pimpinan negara. Saya faham, kenapa ramai wanita sekarang memilih untuk bekerja walaupun setelah mendirikan rumahtangga. Antaranya untuk jaminan masa depan, dan membantu suami memenuhi tuntutan hidup yang semakin meningkat (bagi yang telah berumahtangga). Suatu tindakan yang bagus, cuma satu yang perlu kita ingat dan ambil berat, iaitu tentang peranan sebenar wanita terutama yang telah berumahtangga. Apa peranannya?? bersambung....uhu..

Monday, 19 September 2011

Terjebaknya Dalam Kaunseling....

Mula- mula masuk kelas waktu sem satu dahulu, pensyarah- pensyarah selalu tanya kenapa pilih bidang kaunseling. Ada yang kata sebab minat, ada yang kata mak suruh jadi cikgu dan ada juga yang kata kaunseling mampu mengubah dunia. Macam- macam jawapan yang rakan- rakan berikan. Aku pula, sebab apa yer..??dari budak sains, http://sester.edu.my/portal/ dan hanya tinggal selangkah sahaja lagi untuk bergelar mahasiswi perubatan, akhirnya singgah di Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia,  http://www.upsi.edu.my/

Ada beberapa sebab aku memilih bidang ini. Secara jujurnya....
1) Aku tidak mahu menjadi doktor atau apa- apa sahaja profesion yang bersangkutan dengan hospital.        Sebabnya aku ini seorang yang penakut, takut tinggal di hospital dan takut makan ubat.
2) Aku fikir kaunseling kerja kat sekolah nanti senang dan seronok. Ada bilik sendiri, tidak perlu susah- susah masuk kelas mengajar, selalu pergi kursus dan hanya urus 1-2 program tahunan sekolah.
3) Setelah mengambil Ujian Minat Kerjaya Sidek dengan kaunselor UiTM
4) Peristiwa dalam bas transnasional

Berdasarkan keempat- empat sebab diatas, aku nekad untuk datang ke sini. Datang dengan "zero" pengetahuan tentang kaunseling! Namun, perasaan minat aku pada bidang ini mula timbul sewaktu belajar teori- teori kaunseling pada semester pertama dan semakin tumbuh hingga saat ini.

Ternyata andaian aku dahulu tentang kaunseling, jauh berbeza. ibarat langit dengan bumi. Rupa- rupanya budak- budak kaunseling yang paling banyak "assignment" dan kaunselor yang paling banyak kerja di sekolah!

Walaupun begitu, moga semangat dan rasa cinta ini tidak luntur disebabkan ini. Bak kata orang, bukan senang nak buat pahala.

                                Hidup ini penuh dengan cabaran dan dugaan, hanya hati yang sabar
                                mampu menghadapinya. Jadilah seperti air yang mengalir, walau disekat
                                ia tetap mengalir......




       

Sunday, 18 September 2011

Tercapai Jua....

Alhamdulillah....akhirnya tercapai juga hasrat untuk memiliki blog sendiri.
Sebuah blog yang aku catatkan semua yang aku baca, fikir dan faham tentang kaunseling.

Sungguh teruja bercampur takut. 
Takut jika ianya diabaikan seperti blog 'conteng- conteng' dahulu. Terabai dek kekangan waktu dan kekosongan idea. Huhu...insyaAllah tidak...!!! Ini kerana aku makin minat akan bidang ini. Suatu bidang yang aku rasa mampu merubah takdir, takdir yang boleh diubah. 

Kepada rakan- rakan sependapat, moga kita tidak jemu berjuang mencari ilmu.

                    Carilah ilmu kerana ilmu itu adalah cahaya yang akan menerangi perjalanan hidup kita..