Jom kita sama- sama mencari cahaya.....

Wednesday, 4 January 2012

Teringin Menulis...

Rasanya telah sebulan lebih laptopku tidur tidak sedarkan diri. Letih agaknya kerana telah hampir 4 tahun berkhidmat. Siang malam tidak pernah jemu, kali ini mungkin dia sudah tidak mampu bertahan. Namun, secara jujurnya aku sangat memerlukannya. Moga sembuh kembali. Sementara waktu ini, khidmat laptop roomate lah yang membantu. Banyak perkara yang berlaku sejak akhir- akhir ini sehingga timbul pelbagai perasaan bercampur- baur dalam satu- satu masa. Sungguh menakjubkan sehngga keinginan untuk menulis timbul melonjak- lonjak. Walaupun menulis tidak tergolong dalam minat. Moga minat ini terus subur. 
            Salah satu peristiwanya ialah tentang mobile camp iaitu kem 3 hari 2 malam bagi kursus kembara alam. Salah satu kursus kokurikulum bagi semester ini. Dari perasaan dan keadaan yang agak berat untuk menyertai pada mulanya bertukar kepada satu kepuasan dan kenangan yang terlalu manis. Detik terindah pertama adalah tentang kenangan berjalan dan mendaki bukit selama 3 jam lebih. Satu kejayaan kerana cabaran ini dipikul tanpa sebutir nasi pun yang singgah di mulut pada hari itu.  Namun, kejayaan ini dengan izin dari Nya juga. Detik kedua pula, apabila solat maghrib berjemaah di tepi kaki sungai dengan bersejadahkan baju hujan dan plastik sampah. Sungguh sayu dan damai. Sebaik sahaja sampai di chek point satu , operasi mendirikan khemah dan memasak terus dilaksanakan. Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, aku makan dengan berselera apabila diberikan nasi Betullah kata orang sesuatu itu akan terasa begitu nikmat apabila segunung usaha telah diletakkan padanya. Walaupun begitu, tanpa berbohong, inilah masakan hutan yang paling sedap pernah dirasa!Ini detik terindah yang ketiga.
            Detik ke-4 pula tentang episod tandas tepi sungai. Sungguh lucu dan juga satu modul yang baik  rasanya kerana pada waktu inilah semangat kerjasama dan sayangkan rakan- rakan dapat dilihat. Uhu.. Detik ke- 5 pula detik mengendalikan senamrobik secara 'terjun'. Mujurlah pernah belajar selama 5 minit dengan seseorang tentang senamrobik! Secara peribadi apa yang dilakukan itu, tidak boleh dianggap satu senamrobik, tapi jika ditukar namanya kepada ‘senam hemtam sajalah’, mungkin boleh diterima. Uhu..
Setelah mengetuai senam hentam sajalah, beberapa minit selepas itu, bertukar pula profesion menjadi guru  geografi. Ini detik terindah ke- 5, mengajar pengenalan kepada tumbuh- tumbuhan. Seronok juga mengajar perkara yang baru dibaca ini! Hehe.. Sebelum memulakan ‘kelas’ saya dan Nazifah mehangatkan suasana dengan mengajak rakan- rakan lain melakukan energizer seterusnya bersama- sama menyanyikan kembali lagu si ulat bulu yang telah diajarkan pada kursus mountaineering sebelum ini. Keseronokan bertambah apabila pertandingan membina ‘flora tower’, kumpulan kami dinobatkan sebagai naib juara. Walaupun tidak terlibat dalam membina tower ini, Tahniah guys atas kemenangan!




Detik terindah ke- 6 pula apabila dapat berehat di tepi air sungai sambil makan setelah menempuh jalan di bawah sinaran matahari terik. Seperti biasa, makanan kumpulan kami lebih lazat berbanding kumpulan- kumpulan lain kerana mereka kebanyakannya hanya memasak maggi. Sementara kami, nasi putih, scramble egg dan sup sayur menjadi santapan! Bukan menu sebenarnya yang menjadi kebanggaan, namun kenangan ketika memasak itu yang memaniskan.
            Malam kebudayaan menjelma. Waktu itu kami berdua menguruskan majlisnya. Nasib baik Zero dan Hafiz sudi menerima pelawaan sebagai MC jemputan. Terima kasih dan tahniah kalian untuk itu dan untuk kejayaan membuatkan En. Marzuki dan fasi lain turut mendemotrasikan energizer ‘ teko’! Walaupun terdapat kelemahan, namun usaha menjayakan majlis malam tersebut menjadi satu kepuasan seterusnya membuah lagi satu detik terindah. Detik terindah ke-7!
            Detik terindah ke- 8 pula berlaku pada hari ketiga, di mana kami sekali lagi menjalankan aktiviti. Kali ini namanya introduction to fauna. Setelah bertanya khabar, aktiviti dimulakan dengan energizer lagu ‘sang ulat bulu’, ‘teko’ dan ‘ ular’. Bagi energizer 'ular', terima kasih kepada Mastura kerana mengajarkannya kepada yang lain. Nazifah mengambil alih dengan memberi taklimat tentang aktiviti  kepada fauna iaitu berupa permainan puzzle. pengenalan. Ketika melaksanakan puzzle yang diberi, boleh dilihat bagaimana setiap ahli kumpulan bersatu dan bersama- sama menyelesaikannya. Waktu inilah dapat dilihat reaksi individu ketika berhadapan dengan masalah. Ada yang teruja untuk menyiapkan dan ada juga yang berputus asa. Setiap aktiviti yang berlaku ini, sebenarnya telah kami ketahui sebelum berangkat lagi. Namun kami tidak sempat membuat persiapan kerana tentatif sebenar diperoleh sehari sebelum kem bermula. Jadi semua yang kami lakukan adalah berdasarkan persiapan satu hari! Secara peribadi banyak perkara yang perlu kuperbaiki. Namun begitu, kenangan kem akhir bersama 83 orang kembararians adalah yang terbaik. Semoga ianya kekal dan sentiasa tersemat di hati. Kenangan terindah..!!!

No comments:

Post a Comment